Jumaat, 10 Julai 2015

GUNUNG IRAU


GUNUNG IRAU CAMERON HIGHLAND


     Pagi tu cuaca memang sejuk sangat macam bila kau buka peti sejuk then kau duduk dalam tu tapi yang bahagian paling atas (frozen), haaa. Apa kau rasa?
     Tiba-tiba satu suara aneh kedengaran "bangun, bangun, bangun" entah kali yang keberapa pun aku tak tahu sambil mengoyang goyangkan khemah jahanam milik kami (cuna, pyqa, aini dan eyda)
    So dengan keadaan kurang merelakan diri ni untuk bangun kami tabahkan jua diri ini untuk bangun dari tidur kurang lena yang kami telah lalui tadi.
     Jam menunjukkan pada pukul 5.30 pagi, suasana sungguh hening dan dingin sekali. Dengan mata berat yang macam ada sesuatu sepeti batu itu kami gagahkan untuk celik mata cantik kami.
     Selepas beberapa minit bergelut dengan penat lelah kami masih lagi mengagahkan diri untuk menapak pergi ke bilik air bau bangkai yang ada dibelakang tapak perkhemahan.
     Aktiviti dalam bilik yang telah kami lakukan ialah seperti berikut (gosok gigi, mandi, cuci muka) sambil menjerit jerit seperti orang gila kerana air yang kami gunakan sangat sangat sejuk macam ais.
     Setelah selesai aktiviti jerit jerit kami dalam bilik air bau bangkai tu. Kami terus bersiap siap memakai pakaian untuk ekpidisi mendaki. Pakaian wajib yang telah ditetapkan adalah seperti berikut (baju merah). Pakaian lain tu mestilah macam, okay itu tak payah nak kasi tahulah, sebab mestilah pakaian mendaki.
     Aku nak jujur ni sebenanya, aku tak mandi pun masa pergi mendaki tu. satu rahsia yang telah aku kongsikan untuk para pendaki sekalian. Haha
  Kami bersiap siap pula untuk solat subuh berjamaah. Memohon petunjuk kepada Allah. Dipermudahkan perjalanan pergi dan balik. Selamat semasa mendaki. Amin.
     Kami touch up sikit sikit macam (bedak, lipstik, lotion, dan banyak lagi) tapi kami tak pakai pun semua benda tu. Saja nak panjangkan cerita. Hehe
     Then kami dipanggil untuk breakfast bagi memenuhkan perut yang rancak bermain drum dan sewaktu dengannya.
     Aku ingatkan pagi tu dapatlah makan nasi lemak ke nasi ayam ke spagethi ke. Biasalah orang lapar memang mintak yang bukan bukan kadang kadang.
     Rupa rupanya makan sandwich sardin dan telur rebus buatan diaorang. And air panas. Masa dekat sini air panas baru pandang kalau tak nak minum air panas tu aduyay payah bebenor.
     Then kami diminta tapau sedikit makanan untuk dibawa naik ke atas gunung kerana perjalanan mengambil masa yang sangat lama tau. Mungkin kami lunch dekat atas sana. Barulah sweet.
     Dengan gelojoh dan rakus kami pun memulakan aktiviti letak sadin atas roti untuk dibawa naik ke atas. 
     
                                                                                                                                                                   

     "Berkumpul berkumpul berkumpul" suara en nahar memecahkan kesunyian saat kami sedang asyik menyiapkan roti sandwich buatan tangan sendiri.
     Dengan kalutnya kami pun berjalan dan terus beratur dihadapan en nahar. Beliau memulakan bicara dengan memberi sepatah seribu kata yang mengandungi unsur unsur nasihat dan arahan untuk kami sebelum kami memulakan perjalanan jauh dan penat yang sedang menunggu dihadapan.
     Kemudian kami dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Satu kumpulan ada 7 orang. Dalam satu kumpulan ada dua jantina iaitu lelaki dan perempuan. Memanglah dua jantina. Sengallah cuna ni. 
     Alhamdulillah tak ada pondan dalam kumpulan yang kitaorang dapat.
    Aku kenal ahli kumpulan aku masa aktiviti mendaki. Sebab masa ni aku bongok sikit, biasalah pagi lagi tu yang blur tu. Ahli kumpulan aku ialah aku pyqa aini eyda eam rembo mio. Tapi sedih tak dapat kumpulan dengan tiqah and soley. Tapi nanti at last kami sama sama. So kalau nak tau pasal soley and tikah tunggulah sampai last story.
     Tamatlah pembahagian tugas.
     En moto yang apa tah nama dia aku tak ingat yg macam gagap sikit tu telah memberi kami arahan untuk melakukan strecthing untuk memanaskan badan yang entah bila nak panas tapi tak panas panas sebab kita orang always cold dekat sini.
     Ada dua trip untuk pergi ke mossy forest. Separuh daripada kami pergi untuk trip yang pertama dan mengambil masa selama 1 jam 30 minit. Sempat aku ambil exam jahitan tahu.
     So aku and the geng dapat trip yang kedua. Sooo...












--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

     Kali ini biarkanlah gambar dan video yang menceritakan segala galanya. Apa yang telah kami lakukan sementara menunggu ketibaan van inpens.
"Jom buat video"
"Tak nak"
"Jomlah"
Video on 1 2 3 ...


video aku and soley yang sengal gila. Hehe malu sebenanya tapi buang malu jauh jauh sebab inilah masanya nak suka suka dengan si sayang sayang aku sekalian ni.
(akan update)







Ish, aku perhati je si soley ni. Apahal gambar dia paling banyak dalam hp aku. Mana aku yang banyak banayak. Haha, Sebab dia macam tahu nanti nanti confem tak ada dia. Tu yang over ambil gambar tak ingat dunia tu.

"Ambil gambar aku"
"Ambil gambar aku"
"Weyh, ambil gambar aku dulu"
"Akulah dulu"
"Alah aku dulu"
"Dah tu aku bila"
"Kau nantilah"
"Eh nak ambil gambar dengan kau"
"Okay cepat"
"Cik husna jom take selfie"
"Ha cepatlah"
     Akhirnya 10000 gambar telah pun telah memenuhkan hp memori aku yang hampir nak jem tapi hp tak sampai hati nak jem sebab dia tahu aku nak guna sampai esok.
     Ulang alik tandas puaka yang entah kali yang keberapa.
     Akhir sekali. Ini yang betul betul akhir. Van putih berseri milik kolej inpens pun sampai.
     Kami pun dengan gelojohnya terus pergi ke van.
   
 Okay, ini je satu satunya gambar yang aku ada masa dalam van. Thanks to en jamily



Ini just view dari dalam van.

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Mossy Forest:



Sambung nanti . Okay bye
    Start our journey:








     Okay, ini satu satunya gambar group yang aku ada. Jap, pakcik baju kuning tu yang bawak kita orang pergi naik ke atas. Then at last dia hilang sebab kitaorang ni laju sangat. Eceh, tak adalah. Aku pun tak tahu mana dia pergi sebenarnya.






Gambar aku memang paling win. Kalau engkau hebat. Carilah mana aku.